Urus Laut Secara Sistematik Elak Terus Tercemar
Sumber Foto : Pexels Oleh Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Bentuk ancaman di lautan bukan lagi tertumpu kepada keselamatan sahaja, bahkan tertakluk kepada isu pencemaran marin dan eksploitasi sumber laut secara tidak mampan. Isu alam sekitar marin semakin mencabar memandangkan fizikal lautan itu sendiri bersifat tiada sempadan. Pencemaran plastik di lautan contohnya walaupun membahayakan hidupan laut dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia, masalah itu terus berlarutan hingga kini. Justeru, isu ini perlu ditangani demi kelestarian sumber laut serta kestabilan pembangunan sektor maritim negara. Berdasarkan pemerhatian, kekangan p entadbiran dan pengurusan sumber lautan, terutama dalam konteks urus tadbir perlu diberi perhatian. Pada ketika ini, pendekatan pengurusan dipraktikkan kurang teratur dan tidak sistematik dengan kewujudan birokrasi dalam pentadbiran sedia ada tertumpu ke...